Trending

(Video) Tangisan Bayi Menyayat Hati, Pemandu Van Buat Onar Tengah Jalan

Published on

Viral di media sosial, sebuah van dengan selamba buat pusingan U di double line sehingga menyebabkan kereta yang berada di lebuhraya merempuh van tersebut.

BACA: Pukul Suspek Samun, 6 Lelaki Rohingya Diburu Polis!

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook Kosmo, rakaman daripada dashcam mangsa telah mendapati pemandu van tersebut membuat pusingan U dan mangsa tidak sempat untuk menekan brek.

Setelah kenderaan mangsa merempuh van tersebut, kedengaran suara bayi menangis dan suara mangsa panik dengan keadaan yang menimpanya.

Netizen yang melihat video tersebut semuanya mengucapkan rasa marah dengan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Namun, ada juga yang mempersoalkan kenapa mangsa di dalam video tidak brek sedangkan jalan itu lurus.

Kalau dah terkejut dekat tengah jalan, memang kita dah tak dapat kawal situasi tersebut kan? Jadi, janganlah kita salahkan orang yang tidak bersalah.

Semoga bayi di dalam kereta itu selamat hendakNya. Hati-hati okay semua yang memandu, sekarang ni semua benda boleh berlaku dalam sekelip mata je. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version