Trending

(Video) Suami Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Dan Bahayakan Anak-Anak Buat Netizen Geram

Published on

Semalam tersebar video menunjukkan seorang lelaki memecahkan cermin kereta seorang wanita yang ada dalam kereta bersama anak-anaknya. Lelaki itu dipercayai suami kepada wanita terbabit dan difahamkan dalam proses penceraian.

Video yang tersebar itu mendapat perhatian netizen selepas tindakan lelaki itu membahayakan anak-anaknya sendiri. Ini apabila dia bertindak memecahkan cermin kereta dan netizen bimbang kaca cermin yang pecah terkena anaknya yang duduk di depan.

Berhati-hati sebab suami ugut nak rampas dan bakar kereta

Mangsa yang dikenali sebagai Amira Nabila menceritakan perkara sebenar di Facebook miliknya sebelum ada mana-mana pihak mereka cerita. Mangsa turut mendakwa mereka sudah lama tidak duduk sebumbung sejak bulan April 2021 dan dalam proses penceraian.

Melihat pada ruangan komen, ramai yang geram dengan tindakan suami yang tergamak melakukan perbuatan itu di depan anak-anak. Ada juga yang mencadangkan agar wanita terbabit membuat laporan polis kerana takut diapa-apakan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version