Seorang warga asing didakwa melakukan jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di sebuah kawasan rekreasi di Cyberjaya semalam.
Menerusi satu video daripada @Twt_Cyberjaya yang tular di media sosial, lelaki warga asing itu meraba-raba wanita ketika jogging dan memeluk kanak-kanak perempuan di sekitar kawasan itu. Pergh!
Walaubagaimanapun, lelaki terbabit telah ditangkap orang awam. Kelihat yang dia sudahpun terbaring dan tak mampu buat apa-apa. Lelaki yang dipercayai warga Myanmar ini dipercayai telah di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Apapun, korang sentiasa jaga keselematan diri gais tak kisah dimana sekalipun korang berada. Macam-macam orang yang pelik ada zaman sekarang ni.
Kredit: Twitter Cyberjaya Info
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.