Satu situasi mencemaskan berlaku di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) apabila seorang peserta angkat berat secara tiba-tiba pengsan ketika sedang menahan ‘barbel’ yang diangkatnya.
Peserta yang mewakili negeri Kedah itu pada awalnya dilihat tampil masuk ke pentas pertandingan dengan penuh keyakinan sebelum jatuh pengsan ketika menahan ‘barbel’ tersebut.
Melihat kejadian itu, pasukan perubatan bergegas ke arah peserta berkenaan bagi memberikan bantuan kecemasan.
Netizen turut cemas
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa cemas melihat situasi itu dan bersyukur ‘barbel’ yang berat itu tidak menghempap peserta tersebut.