Trending

(VIDEO) Pemuda Laungkan Takbir Raya Tersasul Jadi Doa Iftitah

Published on

Tak lama je lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Pasti ramai yang rindu untuk mendengar takbir raya kan? 

Menerusi Tiktok Farhan Hasnan, terdapat satu video yang tular menunjukkan seorang pemida yang sedang melaungkan takbir tetapi akhirnya tersasul membaca doa iftitah.

Pada awalnya memang syahdu je bila dengar, masa tersasul tu orang disekelilingnya semua tak tahan dan terus tergelak. Pemuda itu sendiri pun hilang fokus sampai terbaring-baring gelak kerana kesasulan yang tidak disengajakan itu.

Apapun, rindu betul suasana di hari raya! Tahun ni kita masih tidak dapat beraya lagi seperti dua tahun sebelum ini. Rindu nak balik kampung, rindu nak makan masakan mak di hari raya. Semoga pandemik ini akan berakhir datu hari nanti, aamin.

Kredit: Tiktok Farhan Hasnan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version