Trending

(Video) ‘Macam Dalam GTA’, Polis Bergabung Dengan Abang Lori Sekat Penjenayah

Published on

‘Macam dalam GTA’, itulah apa yang diandaikan netizen lepas melihat video yang tersebar baru-baru ini yang menunjukkan situasi polis mengejar penjenayah di Lebuhraya Utara Selatan.

Lebih menarik lagi bila abang-abang lori turut membantu pihak polis dengan membuat hadangan agar suspek tidak berjaya melarikan diri.

Berikut adalah perkongsian dari Cawangan MPV Kluang di facebook mereka.

Terima kasih saya ucapkan kepada abam2 #truckersmalaysia dan semua pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari Johor Bahru hingga di KM58 Arah Utara jam 1935hrs yang bekerjasama dengan kami & ‘Team Trafik BA’ VFN 1194 buat ‘Charlie Oscar’ sehingga terperangkapnya penjenayah yang dikejar oleh team MPV JBS & lain-lain MPV.

Tahniah juga kami ucapkan buat incharge Kpl Trafik dari BA tu tak perasan nama dia & Kpl Azman JH782 yang memberanikan diri berdepan dengan penjenayah tersebut. Kami #salutespring buat abam-abam truckers, abam-abam lori dan semua yang terlibat menjayakan penangkapannya.

Gambaran situasi di sana yang berjaya dirakam.

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/01/120982559_2438053883007235_9222550438568256789_n.mp4
https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/01/142207040_243851073930190_1742072346382452654_n.mp4
https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/01/142150777_429425841585987_7010909462831676884_n-1.mp4

Kredit: Facebook Cawangan Mpvkluang

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version