Tunggu punya tunggu, rupanya laluan yang tengah sesak dengan kenderaan tu adalah untuk memberi laluan kepada konvoi VIP yang akan lalui jalan tersebut.
Apa perasaan korang bila berdepan dengan situasi macam ni?
Konvoi VIP punca jalan sesak kena hon dengan geng motor
Tular di TikTok satu video yang dimuat naik seorang pengguna dikenali sebagai yuzzy memaparkan keadaan beberapa buah motosikal dan kenderaan yang dihalang untuk meneruskan perjalanan oleh anggota polis dan trafik yang bertugas.
Difahamkan, pergerakan mereka terhalang adalah kerana ingin memberi laluan kepada konvoi seorang VIP yang ingin melalui jalan tersebut.
Tidak berdiam diri, beberapa orang penunggang motosikal bertindak membunyikan hon mereka sebagai tanda protes mereka terhadap situasi itu.
Mesti mereka fikir konvoi mereka disambut dengan hon
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram terhadap situasi itu dan menyokong tindakan geng motor yang membunyikan hon tersebut.
Rasanya perkara macamni seeloknya dielakkan. Apa salahnya golongan kenamaan ikut sama hadap kesesakan lalu lintas dengan pengguna jalan raya yang lain. Barulah berjiwa rakyat. Betul tak?