Mendidik anak-anak merupakan amanah yang diberikan kepada ibu bapa supaya mereka menjadi seorang insan yang berguna kelak. Dalam usaha mendidik, terdapat pelbagai ragam yang kadang kala mencuit hati dan ada juga yang bikin risau.
Seperti kisah yang dikongsi pengguna Tiktok @medinaninayara, anaknya secara tidak sengaja merakam kelibat misteri ketika bermain gajet. Difahamkan, kisah seram itu bermula apabila dia pergi ke tandas dan meninggalkan telefon bersama anaknya.
Kelibat misteri di cermin
Sementara menunggu, budak kecil itu bertindak merakam sebuah video menggunakan kamera hadapan memaparkan wajahnya sambil berbual kosong. Secara tidak sengaja si anak merakam identiti seram di belakangnya.
Kelibat misteri itu muncul pada pantulan cermin sebelum menghilang beberapa saat kemudian.
Lebih menyeramkan, kelibat misteri pada cermin itu kelihatan dekat, namun tiada penampakan orang lain yang berdekatan dengan cermin berkenaan.
Sebaik melihat kembali video, si ibu berasa cemas dan mengambil keputusan memuat naik rakaman di aplikasi TikTok.
Kejadian yang dikatakan berlaku di negara jiran, Indonesia itu telah menggemparkan pengikutnya serta menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Netizen turut meninggalkan komen
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen berasa seram selepas menonton video berkenaan selain turut bertanya-tanya misteri di sebalik cermin tersebut.
Setakat hari ini, video yang dimuat naik itu telah mencapai lebih daripada empat juta jumlah tontonan serta 200 lebih tanda suka.
Percaya atau tidak, terpulang kepada anda untuk percaya akan kebenaran tentang video tersebut.