Trending

(Video) Guna Modal Kucing Parodi Aksi Iqbal, Lelaki Ini Bikin Netizen Terhibur

Published on

Gara-gara menyatakan hasrat untuk mengahwini Datuk Seri Vida, usahawan muda yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal dituduh gilakan harta. Tuduhan tidak berasas itu walau bagaimanapun dinafikan Ahmad Iqbal.

Dalam temuramah bersama sebuah portal, usahawan berkenaan telah menayang harta peribadinya termasuk wang tunai yang diperolehi hasil usaha sendiri.

BACA: Iqbal Campak Duit Depan Wartawan, Berang Netizen Tuduh Gila Harta

Disebabkan tularnya video itu, ada pula netizen yang meniru aksi usahawan ini ketika mencampakkan wang tunai daripada beg. Namun, wang tunai diganti dengan anak-anak kucing yang sangat comel.

@valentine_violet

Ok aku kaya,puas hati kau? ##fyp ##lucu

♬ original sound – Abey Jak

Aksi lucu yang dimuat naik pengguna TikTok valentine_violet itu sehingga kini telah mendapat lebih 3 juta tontonan. Rata-rata terhibur melihat reaksi anak-anak kucing yang terpinga-pinga sebaik keluar daripada beg.

Ada juga yang mengatakan lelaki ini seiras Ahmad Iqbal. Sama ke?

Kredit: TikTok valentine_violet

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version