Di kala kanak-kanak yang seusia dengannya bergembira melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, namun berbeza pula dengan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Fayyadh ini yang perlu bertarung nyawa melawan dengan penyakit sedari usianya 4 tahun.
Dia yang dahulunya mempunyai fizikal yang sihat dan mampu bergerak aktif seperti kanak-kanak lain kemudiannya disahkan menghidap penyakit kanser otak tahap 4.
Terbaru, tular satu video dimuat naik ibu Fayyadh yang menjaganya di hospital yang mengundang rasa sebak netizen ketika kanak-kanak itu termuntah di atas katil.