Trending

Ubat Kuat Punya Pasal, Pasangan Pengantin Maut Selepas Pembuluh Darah Pecah

Published on

Sepasang pengantin baru ditemui mati dalam sebuah bilik hotel di wilayah Karanganyar, Jawa Tengah pada Isnin yang lalu. Mangsa didapati meninggal dunia disebabkan oleh penggunaan ubat kuat yang berlebihan.

BACA: Bapa Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah, Mata Sayu Pengantin Buat Netizen Sebak

Pasangan tersebut ditemui oleh seorang petugas hotel di situ yang berasa curiga kerana pasangan pengantin itu tidak memberi apa-apa respon kepada pihak hotel sejak Sabtu yang lalu.

Kronologi kes

Pasangan pengantin yang baru berkahwin itu dikatakan berasal daripada Kota Solo dan telah check in ke hotel pada jam 4.35 petang, Sabtu yang lalu. Keesokannya, pasangan tersebut sempat menghubungi staf hotel untuk menginap di hotel itu selama sehari lagi.

Namun, tepat pada waktu pasangan tersebut perlu keluar pada keesokan harinya, mereka tidak memberi apa-apa respon kepada staf hotel. Pihak hotel menganggap mereka ingin menetap lagi selama sehari dan tidak mengganggu pasangan tersebut.

Curiga dengan sikap pasangan suami isteri itu, staf hotel mula menyemak bilik yang didiami oleh pasangan tersebut. Disebabkan pintu bilik yang terkunci, pihak hotel terpaksa melihat dari ruang udara bilik itu dan mendapati pasangan tersebut mati dalam keadaan terbaring dan mengeluarkan bau.

Ketua Polis Karanganyar, Budi Raharjo memaklumkan bahawa kedua pasangan itu maut disebabkan oleh penggunaan ubat kuat yang berlebihan. Namun, pasangan itu tidak mempunyai sebarang tanda-tanda pergelutan.

Dalam kejadian tersebut mangsa tidak ditemukan tanda-tanda penganiayaan

Pemeriksaan hospital mendapati pembuluh darah bagi pasangan tersebut pecah disebabkan oleh suplemen ubat kuat yang berlebihan.

Kredit: TributJogja.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version