Trending

Tinggalkan Kunci Ketika Parkir, Motosikal Siti Nurhaliza Dicuri

Published on

Motosikal Siti Nurhaliza dicuri, biar betul? Kah! Bukan Siti Nurhaliza penyanyi nombor 1 negara tu tetapi seorang insan yang bernama sama dari Jakarta yang berusia 23 tahun. 

Menurut laporan Kosmo, gadis berkenaan tinggalkan kunci motosikalnya ketika parkir di sebuah kedai sebelum dibawa lari pencuri. 

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 3.30 waktu tempatan apabila Siti pergi ke kedai berkenaan tanpa mencabut kunci dari motosikalnya.

Saya benar-benar terlupa mencabut kunci kerana tergesa-gesa mahu masuk ke dalam kedai untuk bertanyakan tentang kiriman barangan.

Apabila saya keluar, motorsikal jenis Honda Beat saya sudah dibawa lari.

Walaubagaimanapun, Siti bernasib baik setelah polis berjaya menemukan motosikalnya sebelum dileraikan pencuri untuk dijual secara haram.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Exit mobile version