Korang mesti akan berasa teruja apabila menerima gaji pertama kan? Tentunya gaji pertama kita itu nak diberikan kepada ibu dan ayah sebagai tanda kesyukuran disamping ingin mendapat keberkatan dari-Nya.
Menerusi satu video yang tular di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Fahada Bistari berkongsi kisah sedihnya yang tidak kesampaian untuk berkongsi rezeki bersama ibunya kerana berlaku kesilapan ketika melakukan pemindahan wang.
Gadis tersebut yang pada awalnya yakin sudah memindahkan sejumlah wang kepada ibunya terkejut selepas ibunya mendakwa bahawa tiada sebarang wang yang masuk ke akaun simpanannya.
Penerima minta gadis sedekah sahaja wang kepadanya
Dalam pada itu, gadis tersebut mendedahkan bahawa dia sudah menghubungi individu yang menerima duit berkenaan meminta agar dirinya memulangkan semula wang tersebut.
Namun apa yang mengejutkannya ialah individu tersebut enggan memulangkan semula wang tersebut dan meminta gadis berkenaan menganggap pemberian itu sebagai satu sedekah.
Bawa resit ke bank
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar wanita berkenaan untuk buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Yang terima duit tu pun boleh je minta anggap sebagai sedekah? Harap-harap gadis ni dapat balik wang yang dia tersalah ‘transfer’ tu.