Satu video tular di TikTok memaparkan pasukan Unit Pengesan Anjing (K9), berehat setelah bertungkus lumus mencari mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh baru-baru ini.
Blake, salah satu anjing yang terlibat dalam pasukan itu ‘kecundang’ setelah beroperasi selama dua hari berturut.
Hero negara
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis memaklumkan bahawa anjing tersebut tidak cedera namun memerlukan rehat kerana kepenatan.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berbangga dengan khidmat Blake dan Unit Pengesan Anjing (K9) yang berkerja keras dalam operasi itu.
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Unit Pengesan Anjing (K9) yang bertungkus-lumus dalam misi mencari mangsa.