Kecoh di media sosial apabila ibu bapa dan pelajar meluahkan rasa kecewa dengan soalan ujian lisan SPM. Difahamkan, ada pelajar yang mendapat soalan mengenai tema perkahwinan idaman.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut meluahkan rasa kecewa dengan tajuk yang diberikan itu. Jelasnya ada banyak lagi topik lain yang boleh dibincangkan antaranya pandemik COVID-19 , keberkesanan PDPR , manfaat gajet dan sebagainya.
Dr Sheikh Muszaphar kecewa
Meninjau ke ruangan komen, ada individu menjelaskan topik-topik yang disenaraikan itu turut ada terutamanya e-sukan, nanotechnology dan PAK21.
Tapi, ada juga pelajar menganggap soalan seperti itu meransang dirinya berfikir di luar kotak. “Saya sebagai salah seorang calon SPM berasa soalan seperti itu adalah bernas. Perkara tersebut meransang murid untuk berfikir di luar kotak dan dalam masa yang sama murid dapat berfikir dengan cara yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini” katanya.