Ni apa kes pula ni? Gara-gara terpisah sewaktu aktiviti berkonvoi dengan rakan lain, tindakan penunggang motor berkuasa tinggi hampir menyebabkan pengguna jalan raya lain hilang nyawa.
Menerusi rakaman ‘dashcam’ yang tular di Facebook, dapat dilihat seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dilihat secara tiba-tiba memberhentikan motornya sehingga menyebabkan sebuah kereta Nissan Almera melanggarnya dari belakang.
Difahamkan, penunggang motor itu berhenti secara mengejut untuk mengubah haluannya ke kiri jalan kerana dia terpisah dengan penunggang motor yang lain ketika melakukan aktiviti konvoi beramai-ramai.
Nasib baik ada ‘dashcam’
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan penunggang motosikal itu yang sangat membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Lain kali kalau terjalak atau terpisah sewaktu konvoi, terus kan saja perjalanan daripada membahayakan pengguna jalan raya yang lain.