Ramadan kali ini menyaksikan ramai pembeli mengadu makanan di bazar naik harga. Tak cukup dengan itu, ada yang kata kualiti makanan tidak setanding dengan kenaikan harga tersebut.
BACA: Sambutan Tetap Meriah Walaupun Juadah Di Bazar Ramadan Naik Sehingga RM2
Cef terkenal, Cef Ammar turut terpalit dalam isu yang sama apabila makanan yang dijual beliau dikritik terlalu mahal. Menjelaskan perkara tersebut, cef ini berkata proses penyediaan makanan yang dijualnya tidak mudah dan barang yang digunakan semuanya berkualiti tinggi.
Chef Ammar tunjuk bukti
Video rakaman sedutan sesi live itu dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan daripada netizen mempertahankan Cef Ammar dan berkata barang yang digunakan beliau sememangnya terbaik.
Malah, selepas melihat proses dan bahan-bahan yang digunakan, mereka merasakan harga adalah berbaloi dan berpatutan.
Kredit: TikTok @momomqms
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.