Trending

Tak Sempat Mengelak, Remaja Langgar Belakang Treler Meninggal Dunia

Published on

Terdapat satu kejadian dimana seorang remaja lelaki yang baru saja berusia 14 tahun terlibat dalam satu kemalangan motosikal.

BACA : Warga Emas Maut, Kereta Dipandu Langgar Tembok Penghadang Tol

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku di Kilometer 7, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan selepas motosikal yang ditunggangnha melanggar bahagian belakang sebuah treler. Allahu..

Kedua-dua mereka dari arah Teluk Intan menghala ke Bidor dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri.

Apabila sampai di tempat kejadian, treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun itu hendak masuk simpang ke kiri.

Tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar belakang treler. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Apapun, diharapkan agar semua berhati-hati ketika berada di ats jalanraya ya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version