Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan pengakhiran yang bahagia kan? Sebuah video di TikTok telah mendapat perhatian netizen apabila seorang wanita lemah dan pengsan ketika menunggu giliran untuk masuk sidang bagi tuntutan cerai.
BACA: “Tak Boleh Move On..” – Setahun Bercerai, Duda Dilabel ‘Gila Talak’ Kacau Bekas Isteri Dating
Dalam video yang dimuat naik di TikTok Florent.ang, korang boleh tengok sendiri, kamera fokus kepada seorang wanita yang telah pengsan di ruangan tunggu, seolah-olah tak sanggup nak teruskan penceraian.
Lebih memilukan, si suami tak endahkan langsung mengenai si isteri yang sedang lemah longlai. Allahu, sedih tengok keadaan wanita itu.
Netizen yang menonton semuanya mendoakan kebahagiaan wanita tersebut.
Sedih bila tengok sebuah perkahwinan berakhir dengan penceraian. Semoga kelak wanita ini akan bertemu dengan cinta sejatinya yang dapat beri kebahagiaan, In Sha Allah.
Nak cakap lebih-lebih pun kita tak tahu punca dan kisah sebenar. Jadi, kita doakan je la yang baik-baik buat pasangan ini.
Berpisah lebih baik
Dapat pengganti yang lebih baik
Hidup cuma sebentar
Kebahagiaan menantimu
Kredit: Florent.ang
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media