Budaya membuli merupakan satu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Bukan sahaja pelajar sekolah, bahkan orang dewasa juga tidak terkecuali dari budaya buli ini.
Semalam tular satu video menunjukkan seorang pekerja syarikat penghantaran barang yang mengacau serta membuli seorang gelandangan.
Dapat dilihat pekerja tersebut mengacukan sebatang mercun das yang dinyalakan ke arah gelandangan yang sedang berehat itu.
Video yang berdurasi selama tiga minit 27 saat itu dimuat naik semula oleh seorang pengguna bernama Lawrence J yang tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja tersebut.
Namun begitu, tindakan pekerja tersebut yang membuli serta merakam tindakannya itu berjaya ditangkap dan dia telah dipaksa untuk memohon maaf kepada gelandangan itu.
Menerusi video tersebut juga dapat dilihat, majikan kepada pekerja tersebut memintanya untuk melutut serta mencium kaki gelandangan itu sebagai tanda maaf atas perbuatannya.
Netizen puas hati
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati selepas tindakan pemuda itu akhirnya ditangkap serta memuji sikap orang sekeliling yang membantu membela gelandangan itu.
Semoga kita semua mengambil iktibar dari isu ini dan tidak terjebak dengan budaya membuli ini.