Oh! Tidak

Siti Bainun Dakwa Video Bella Punca Dirinya Diugut, Hilang Segala-Galanya

Published on

Terkini, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa dirinya telah diancam dan diugut bunuh disebabkan oleh penyebaran video kanak-kanak sindrom down, Bella.

BACA: Siti Bainun Diperintah Bela Diri Atas Pertuduhan Abai Dan Aniaya Bella

Tanpa diwakili peguam, Bainun berkata demikian sewaktu membaca pernyataan saksi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Ugutan masyarakat

Pengasas Rumah Bonda itu mendakwa tindakan saksi pertama menyebarkan video Bella di media sosial menyebabkan dirinya hilang segala-galanya.

Saya takut untuk keluar dari rumah kerana ugutan yang saya terima. Ketika mendapatkan rawatan di hospital, ada juga jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya.

Selain itu, Bainun juga mengatakan bahawa dirinya juga hilang pekerjaan dan perniagaan makanan yang diusahakan juga dipulaukan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version