Rasanya korang mesti ada tengok video sekumpulan individu dengan bangganya berkongsi bunyi meriam karbaid diorang dekat media sosial baru-baru ni.
Terkini, diorang sudahpun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyalakan meriam karbaid pada 7 April lalu.
Dua dari tiga terduduh didapati menyalakan meriam dan seorang lagi didapati merakam dan viralkan perbuatan salah itu di media sosial. Mereka bertiga didenda RM100 atas kesalahan terbabit.
Kelakuan mereka lebih bahaya apabila menyalakan meriam itu di tengah pekan di tepi Jalan Permatang Rawa di hadapan kedai makan Pokok Nyok di Bukit Mertaja, pada jam 11 malam.
Kesalahan ini boleh didakwa mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara sebulan atau denda RM100 atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.
TikTok video
Kredit: Malaysiagazette
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media