Hujan lebat berterusan di negeri Pantai Timur menyebabkan beberapa daerah dinaiki air. Orang ramai terpaksa menyelamatkan diri berpindah ke pusat pemindahan buat sementara waktu.
Ada juga yang terperangkap di tempat masing-masing berikutan jalan yang sudah terputus hubungan.
Di TikTok, seorang lelaki berkongsi pengalaman meredah air banjir selama dua jam untuk menghantar makanan kepada sepupu di PPS.
Walaupun hanya terletak di kampung sebelah, mereka perlu berhati-hati berikutan arus yang deras dan dalam.
Perjalanan ambil masa hampir dua jam padahal kampung sebelah je.
Kongsinya lagi, dia nekad meredah banjir menghantar makanan selepas mendapat tahu sepupu yang mempunyai anak kecil masih tidak makan. Dia dan keluarga yang turut terperangkap masak sekadar yang ada dan mula bertolak dari rumah jam 3.25 petang.
Masa ni rasa sebak teramat sangat. Tapi kami kuat kerana kasih sayang.
Dia yang berjalan kaki meredah banjir sampai di PPS pada jam 5 petang. Apa yang membuatkan netizen sebak apabila lelaki ini nekad meneruskan perjalanan walaupun kaki kejang.
Didoakan semua urusan mangsa banjir Pantai Timur dipermudahkan. Semoga air cepat-cepat surut dan dapat kembali ke rumah.