Tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus telah diumumkan kerajaan hari ini untuk Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri. Pergh! Terbaiklah..
Menurut laporan Kosmo, kerajaan memutuskannya selepas membuat rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuhraya dan perkara ini dikatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta di mana jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.
Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).
Semua kelas kenderaan akan dapat tol percuma dan diskaun ini bermula pada 30 April sehingga 1 Mei ini untuk pulang ke kampung.
Ini senarai tol percuma atau potongan diskaun yang diberikan
Bukan tu jer, masa korang nak pulang dari kampung pun akan dapat pemberian tol percuma atau diskaun mengikut lebuhraya bermula 7 Mei hingga 8 Mei depan.
Tahu ramai yang seronok kan? Apapun, berhati-hatilah ketika memandu nanti ya.