Trending

“Selama Ni Saya Diam, Diugut Macam-Macam” – Mawar Karim Kirim Pesanan Buat ‘S’

Published on

Bermula dengan isu didakwa berhutang dan bakal bankrap baru-baru ini, usahawan, Mawar Karim mengatakan bahawa seolah-olah ada individu yang digelarnya ‘S’ cuba cari pasal dan membuat cerita buruk tentang dirinya.

Mawar juga mendakwa berita yang tular berkaitan dirinya sebelum ini dilakukan oleh ‘S’ bertujuan untuk memalukan namanya.

BACA: Isu Bankrap, Mawar Karim Dedah Individu Dengan Gelaran ‘S’ Cuba Untuk Malukan Dirinya?

Terbaru, Mawar menulis pesanan kepada ‘S’ memohon individu itu tidak bersusah payah cipta akaun palsu di TikTok semata-mata mahu sabotaj kehidupan, bisnes, reputasi dan orang yang tidak berkaitan.

Pesan usahawan ini lagi, jadilah seorang manusia yang profesional dan bertauliah bukannya penunggang agama.

Katanya, suatu hari nanti orang ramai pasti tahu siapa ‘S’ dan apakah kegiatan yang dilakukannya. Tak cukup dengan itu, Mawar mendakwa dia telah diugut dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Kredit: Instagram Mawar Karim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version