Kemalangan maut yang disebabkan oleh muatan berat dah jadi macam kebiasaan di Malaysia. Kali ni, seorang penunggang motor maut selepas hantar anaknya ke sekolah.
Menurut saksi yang dikenali sebagai Nizam Jentik Jentik, mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Nizam menyatakan pada mulanya dia dan beberapa orang lain tak dapat menghubungi waris kerana tiada nombor kecemasan di telefon mangsa.
Saya turun payungkan mangsa sebab keadaan panas terik masa tu.
Kami pun cuba secure segala barang penting mangsa, henfon dan wallet supaya dalam jagaan rapi.
Sebak lihat isteri cuba hubungi suaminya
Lebih sedih lagi, tak lama selepas mangsa meninggal, isterinya difahamkan cuba hubungi melalui telefon bimbitnya.
Masing masing tak berani angkat, tapi saya gagahkan juga angkat. Saya jawab ‘Assalam puan’… Dia membalas ‘Eh suami saya mana? Saya rasa tak sedap hati tu yang tergerak hati nak call.
Satu ungkapan yang saya cukup berat dan sebak nak khabarkan waktu tu, ‘Puan, suami puan ada dekat dengan saya ni, dia terlibat dalam kemalangan puan.
Allahu.. arwah katanya baru lepas pulang hantar anak ke sekolah.. baca story FB Nizam Jentik Jentik sedih betul. pic.twitter.com/zcaMp8xYqd