Beberapa hari yang lalu, tular satu video dimuat naik seorang pengguna bernama @NeoPawangDiraja di TikTok memaparkan lakaran wajah individu yang dikatakan menyihir Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.
Tidak selesa dengan perkara ini, Ustaz Kazim tampil membuat satu kenyataan melalui hantaran Facebook beliau meminta agar video tersebut ditarik balik bagi mengelakkan penyebaran fitnah dalam kalangan masyarakat.
Hormat dengan permintaan Ustaz Kazim
Terbaru, individu yang membuat lakaran wajah itu memuatnaik satu video maklum balas terhadap permintaan yang dibuat Ustaz Kazim.
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan membuat satu permohonan maaf dan bertindak menarik semula video yang dimuatnaiknya seperti yang diminta Ustaz Kazim.
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah saya terima respons daripada Dato’ Ustaz Kazim Elias di laman Facebook peribadi beliau memohon agar saya menghapuskan lakaran yang saya buat di dalam video saya yang telah tular baru-baru ini.
Dengan rela hatinya saya telah memadam segala video tersebut baik di Facebook dan akaun TikTok saya. Saya memohon seribu kemaafan kepada Ustaz Kazim Elias dan saya sangat menghormatinya.
Tindakan dipuji netizen
Tindakan lelaki berkenaan yang menarik semula video itu mendapat respon yang positif dari netizen. Rata-rata mereka memuji tindakannya yang menghormati permintaan Ustaz Kazim dan meminta agar dia memaafkan orang yang mengutuknya.