Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang penahanan dua orang suspek yang juga merupakan pasangan suami isteri yang dipercai terlibat dalam kes letupan bom hingga menyebabkan seorang tukang masak maut.
Memetik laporan Harian Metro, suspek lelaki yang berusia 33 tahun itu dipercayai melakukan perkara itu selepas menyangkakan berlaku hubungan sulit antara mangsa dan isteri suspek.
Suspek yang bekerja sebagai pembuat seramik itu kemudian belajar membuat bom sendiri melalui YouTube sebaik sahaja mengetahui hubungan sulit itu pada Mei tahun lalu.
Mangsa kemudian melarikan diri dari Kedah dan berpindah ke Ampang sebelum berlaku kejadian letupan berkenaan.
Siasatan lanjut kini sedang berjalan. Polis tidak menolak kemungkinan suspek belajar membuat bom dari YouTube. – Kata Pemangku Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.