Trending

Sambal Khairul Aming Didakwa ‘Overrated’, Netizen Backup Kata Ikut Tekak Masing-Masing

Published on

Pempengaruh popular, Khairul Aming memecah rekod selama tiga tahun berniaga apabila 13,000 botol Sambal Nyet sold out dalam masa 2 minit.

BACA: Khairul Aming Tutup 2 Kilang Sambal Nyet, Bawa Semua Staf ‘Shopping’ Dan Ada Bonus Raya Mengejut

Usahawan yang menjadi inspirasi ramai itu menunjukkan pesanan masuk yang tak putus-putus daripada telefonnya biarpun baru sahaja ‘restock’.

Sambal Khairul Aming pecah rekod jualan

Ini membuktikan jualan sambal Khairul Aming laku teruk dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Namun, viral pula di Twitter perkongsian seorang individu mendakwa sambal popular pempengaruh itu tidak sedap.

Perkongsian tular itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berpendapat sambal yang dijual tak konsisten dari segi rasa, tak kurang juga yang mengatakan ianya terlalu pedas.

Namun, ada juga yang tampil ‘back up’ menyatakan soal sedap atau tidak adalah subjektif bergantung kepada selera masing-masing. Ramai yang puji sambal Khairul Aming memenuhi citarasa mereka. Selain dimakan terus, ada pembeli guna sambal itu sebagai rencah masakan seperti nasi goreng.

Apa-apa pun, memang kita tak dapat puaskan hati semua orang kan? Ada yang suka dan ada yang tak suka, macam mana tu?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version