Trending

Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia, 127 Orang Disahkan Maut

Published on

Seramai 127 orang dilaporkan maut manakala 180 lagi cedera selepas satu rusuhan berlaku dalam perlawanan liga bola sepak melibatkan pasukan Indonesia, Arema FC dan Persebaya Surabaya.

BACA: Berang Kelab Tersingkir, Penyokong Kelab Saint-Ettiene Bertempur Dengan Polis

Kekecohan mula tercetus sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan pasukan Arema tewas 3-2 dalam perlawanan tersebut.

Selepas tamat permainan, penyokong kelab Arema yang tumpas meluru masuk ke dalam padang sehinggakan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Gas pemedih mata yang dilepaskan itu telah mengakibatkan lebih ramai penonton merempuh masuk dan berlakunya kes sesak nafas.

Dalam pada itu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengambil tindakan untuk menangguhkan saingan liga berkenaan selama seminggu dan kini sedang menyiasat rusuhan yang telah melibatkan kematian dan kecederaan penyokong.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version