Trending

Respon PPIM Isu Iklan Berbaur L*cah Promosi Produk Hubungan Batin

Published on

Syarikat Nilofa Group tampil dengan permohonan maaf selepas tular imej berbaur lucah yang digunakan untuk mempromosikan produk mengeratkan hubungan suami isteri.

BACA: Dikecam Guna Gambar ‘Double Meaning’ Dan ‘Soft P*rn’, Nilofa Group Mohon Maaf

Difahamkan, imej-imej tidak senonoh tersebut telah diturunkan pihak syarikat selepas menerima teguran daripada orang ramai.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi Harian Metro berkata, dari segi etika, iklan produk membawa mesej tertentu atau mesej tersirat berbaur lucah adalah salah.

Beliau memberi contoh ubat-ubatan yang menggunakan wanita sebagai iklan, perkara itu tak berapa ‘kena’ untuk dilakukan.

Beliau berpandangan, marketing atau pengiklanan di media sosial sukar untuk dikawal berbanding dengan media tradisional seperti surat khabar atau televisyen.

(Iklan) dengan surat khabar ada kawalan tertentu. Contohnya, surat khabar iklan orang mati pun kena ada sijil berbanding kalau menggunakan media sosial.

Namun jelasnya, pihak berkuasa seperti Kementerian Komunikasi digesa mengambil tindakan tegas dengan memberi notis amaran.

Walaupun tidak ada undang-undang mengenai media sosial, tetapi pengaruh kementerian dan kerajaan cukup bagus untuk menyelaraskan apa yang disebarkan.

Dengan mengeluarkan notis amaran, rakyat akan memandang perkara tersebut dari sudut yang serius. Sebagai pengguna pula, mereka boleh melakukan boikot untuk memberi pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan iklan berunsur lucah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version