Oh! Tidak

Ramai Tak Yakin Dengan Iklan Jawatan Kosong Dikeluarkan PBT

Published on

Satu perkongsian media sosial daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di sebuah daerah di Kedah menjadi tumpuan gara-gara komen yang ditinggalkan netizen.

Dalam hantaran tersebut, PBT tersebut menguar-uarkan kekosongan jawatan pembantu awam dan juga pekerja sambilan harian yang dimuat naik di sebuah group Facebook penduduk daerah tersebut.

Namun, perkongsian tersebut menerima reaksi negatif daripada warga maya yang rata-ratanya skeptikal dan tidak percaya akan ketelusan proses pengisian jawatan kosong tersebut.

Malah, meninjau komen, ramai mendakwa kekosongan tersebut sebenarnya sudah mempunyai calon tertentu dalam kalangan pentadbiran itu sendiri.

Dan iklan yang dimuat naik itu khabarnya sekadar ‘wayang’ dan hanya dijadikan pelengkap ‘syarat’ pengisian jawatan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version