Trending

Ramai Sebak Lihat Budak Jual Mangga Tepi Jalan Tertidur Dalam Longkang

Published on

Sedih sebenarnya bila lihat ada anak-anak kecil terpaksa menjual di jalanan semata-mata ingin membantu keluarga. Anak-anak ini tak dapat fokus dalam pelajaran dan juga yang tak dapat ke sekolah kerana kemiskinan.

Baru-baru ini, tersebar video di TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan gigih mencari rezeki di tepi jalan sekitar kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Apa yang lebih membuatkan orang ramai sebak bila kanak-kanak tu tertidur di dalam longkang dalam keadaan hujan sambil memegang payung.

Sayu tengok adik ni masa cod barang… Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki adik ni skeluarga.

@deylahabib94 Sayu tgok adik ne masa cod brg… Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki adik ni skeluarga. #fyp #xyzcba #fypdongggggggg #forgoupage ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

Difahamkan, pemilik video berkenaan turut kembali ke lokasi sama bagi memberikan sumbangan kepada kanak-kanak itu.

Selain itu, dia juga sempat bertemu dengan rakan-rakan serta abang kanak-kanak tersebut yang juga sedang menjual mangga.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa sebak melihat keadaan kanak-kanak itu yang gigih membantu keluarga di awal usia dan ada juga segelintir netizen yang berbaik hati untuk memberi sumbangan kepada mereka.

Kenapa duduk dekat longkang bahaya… kesian adik ni – Netizen.

Terima kasih puan sudah cukup baik membantu kerana video ini mungkin ada insan-insan baik datang menghulur bantuan kewangan.- Netizen.

@deylahabib94 Replying to @oloblob jumpa suda adik tuu.. Stelah mncarii dkt sejam😅 #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #xyzcba ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version