Hari kemerdekaan yang ke-65 semalam diraikan penuh meriah dengan kehadiran ramai pengunjung ke majlis perbarisan dan Hari Kebangsaan 2022.
Ramai yang turut serta turun padang melihat anggota-anggota beruniform melakukan perarakan sempena hari bersejarah Malaysia itu.
Tidak ketinggalan memberikan sokongan adalah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Di TikTok, orang ramai berkongsi momen melihat ustaz dan ahli keluarganya bersila di atas jalan.
Lebih melucukan, anggota bomba dan penyelamat sanggup keluar baris untuk bergambar dengan ustaz sebaik menyedari kehadiran penceramah kesayangan ramai itu.
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempat berseloroh dengan ustaz bertanyakan mengenai hukum berkahwin empat. Ustaz dengan sporting tersenyum dan mengangkat ibu jari (best).
Orang ramai yang duduk di kawasan sekitar turut terhibur melihat gelagat spontan anggota perarakan serta Ustaz Azhar yang bersemangat memberikan sokongan.
Sampai tengah jalan beliau masuk nak rakam anggota-anggota beruniform ni.
Kredit: TikTok @cmbchannel
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.