Oh! Artis

Puteri Sarah Syukur Syamsul Yusof Semakin Baik Lepas Bercerai

Published on

Pelakon Puteri Sarah memaklumkan dia sangat bersyukur dengan hubungannya sekarang bersama bekas suami, Syamsul Yusof semakin baik selepas sah bercerai pada 14 Jun lalu.

Bagi Puteri Sarah dia melihat perkembangan positif apabila Syamsul sudah mula kerap meluangkan masa bersama dua orang anak-anak mereka.

Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa anak-anak. Hubungan saya dengan dia juga lebih baik dan kami selalu berhubung memberitahu perkembangan anak-anak.

Saya melihat ia satu perkembangan yang baik dan tidak lagi seperti dahulu. Anak-anak juga sangat gembira, jadi saya mahu terus kekal begini.

Malah, Sarah juga berkata dia dan Syamsul memilih untuk tidak menceritakan masalah yang pernah berlaku kepada anak-anak untuk mengelakkan kemelut ini berpanjangan.

Tiada sebarang pertanyaan daripada anak-anak tentang apa yang berlaku. Biarlah mereka tahu secara natural. Anak-anak pun tidak terasa ketiadaan bapa sebab Syamsul selalu ada.

Kalau boleh saya nak terus rapatkan hubungan Syamsul dan anak-anak. Kami pun tidak menetapkan tempoh masa untuk berjumpa anak.

Tambahan, aktres itu juga memberitahu dia dalam perancangan untuk mengerjakan ibadah umrah selepas tamat tempoh edah.

BACA: “Saya Keluar Atas Urusan Kerja” – Puteri Sarah Tampil Jawab Isu Tak Hormat Tempoh Edah

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version