Hari ini kecoh diperkatakan apabila bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu mendakwa dia dan keluarga masih diganggu lelaki itu.
Dalam perkongsian di Instagram Story, Hana Azraa memohon PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan move on kerana mereka dikatakan sudah berpisah talak tiga.
Lebih mengejutkan apabila Hana berkata PU Abu ada di bawah hotelnya malam tadi. Difahamkan, Hana berada di tanah suci untuk ibadah umrah dan PU Abu juga berada di sana atas urusan kerja.
Penjelasan PU Abu
Terbaru, PU Abu menjawab segala dakwaan yang dibuat Hana Azraa. Mengenai kes nikah cerai, pendakwah ini berkata biarlah mahkamah yang menentukan segalanya. Bila dah keluar pengesahan daripada mahkamah barulah boleh dikongsi dengan orang ramai.
Mengenai dakwaan ada di bawah hotel pula, PU Abu berkata dia ke hotel bukan untuk jumpa Hana sebaliknya untuk jumpa sepupunya.
Kat hotel tu ada sepupu saya, sepupu saya pun pergi dengan RS Mega Travel. Saya bawak sepupu saya dan beberapa orang rakannya pergi makan.
Mengenai ada hantar mesej kepada ibu Hana Azraa, PU Abu berkata mesej baru-baru ini bertanyakan hal mati. Screenshot mesej yang didedahkan Hana pula katanya seminggu yang lalu.
Dia juga menafikan dakwaan mengaibkan sesiapa. Dia meminta maaf jika ada yang terasa. Dia hanyalah memuji isterinya.