Trending

Posting Duit Lama Adun Jeram Tarik Perhatian, Ramai Buat Koleksi Rupanya!

Published on

Di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Mohd Shaid Rosli menarik perhatian ramai apabila menawarkan sejumlah wang sehingga RM3,000 kepada sesiapa yang mempunyai wang kertas RM1 dengan tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang keenam, Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman.

Mencecah sehingga 1.9k perkongsian, netizen turut ‘membuka’ koleksi wang lama kepunyaan mereka. Siapa sangka rupanya ramai yang mempunyai hobi yang serupa!

Di hantaran terbaru, beliau menjelaskan mula menyimpan koleksi duit lama sejak 20 tahun yang lalu. Katanya, hobi ini sebenarnya mempunyai peluang pendapatan yang tinggi.

Beliau memberi contoh seorang rakan yang bekerja di agensi kerajaan tetapi pendapatan bulanan mampu mencecah RM10k.

Beliau turut menyertakan 30 keping koleksi duit lama yang menjadi simpanannya. Banyak betul!

Di ruangan komen, netizen turut mengeluarkan koleksi yang diperolehi mereka. Melalui tinjauan dapat dirumuskan ramai rupanya yang mempunyai hobi yang sama. Manalah tahu harga naik mencanak nanti kan?

Kredit: Shaid Rosli

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version