Trending

Polis Akan Beri Kenyataan Isu Video Tak Senonoh Pendakwah Bebas

Published on

Belum lagi reda dengan beberapa isu sebelum ini, satu lagi dugaan menimpa pendakwa bebas, Ebit Lew apabila tersebar video tidak senonoh serta gangguan seksual membabitkan mangsa lain sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

BACA: Video Tidak Senonoh Ebit Lew Tersebar, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Imej?

Bagaimanapun, polis telah mengesahkan pihaknya kini sedang meneliti dakwaan tersebut dan mengumpulkan segala bukti. Satu kenyataan juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan.

Semakin banyak persoalan timbul dan masyarakat nampaknya memerlukan jawapan yang benar memandangkan isu ini semakin merebak. Semakin ramai juga pihak yang tampil memberikan bayangan seperti aktivis, penceramah terkenal dan juga asatiz membawa isu yang seakan sama.

Semoga kebenaran yang sebenar-benarnya dapat dirungkai dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang andaian selagi ia tidak terjawab.

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Exit mobile version