Setiap orang pastinya akan menamatkan zaman bujang mereka dengan melangsungkan perkahwinan bersama orang yang mereka cintai. Namun, untuk mengecapi kebahagiaan itu terdapat banyak perkara yang perlu diteliti.
Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah wali yang merupakan salah satu rukun bagi menyempurnakan perkahwinan dan wajib dipenuhi.
Lagi sebulan hari pernikahan anak, rupanya anak tak sah taraf
Namun begitu, lain pula bagi pasangan suami isteri ini yang mula sedar akan kesilapan lalu menjelang sebulan sebelum perkahwinan anak mereka.
Kisah itu dikongsi ToKadi Hipster, seorang pengguna di TikTok selepas dia didatangi sepasang suami isteri yang menceritakan bahawa anak mereka yang bakal berkahwin mempunyai status tidak sah taraf.
Menerusi video tersebut, difahamkan anak mereka itu dilahirkan sebelum mereka bernikah kerana kekhilafan di masa lalu. Menyedari perkara itu, lelaki berkenaan mengatakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi wali bagi perkahwinan anaknya nanti.
Di akhir video, pemuda yang berkongsi video ini sempat menasihati pasangan ini agar memberitahu perkara yang sebenar kepada anak mereka.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kedua pasangan itu kerana menyedari kesilapan yang mereka lakukan. Ada juga sesetengah netizen yang lain memikirkan perasaan anak mereka yang bakal mengetahui perkara yang sebenar.