Suami kepada seorang pengasas ubat kurus, Cik Non yang pernah viral suatu ketika dahulu mengesahkan isterinya itu sudah meninggal dunia.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, suaminya memaklumkan isteri, Nor Shahada Aisyah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi tadi.
Suami mewakili arwah isterinya memohon maaf jika isterinya ada terkasar bahasa atau melakukan sebarang kesalahan.
Berita pemergian ini turut disahkan oleh adik Cik Non menerusi satu status yang dimuat naik di Instagram. Setakat ini, suami atau ahli keluarga tidak memaklumkan mengenai punca kematian pengasas produk viral itu.
Al-fatihah buat Cik Non. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.