Trending

Pernah Viral Dengan Video Nasihat, Adik Aming Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

Published on

Sebelum ini viral di media sosial video seorang kanak-kanak yang berasal dari Tawau, Sabah memberi nasihat kepada orang ramai agar memakai pelitup muka dengan betul. Hari ini, kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal dunia selepas sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi.

Memetik laporan Sinar Harian, pemergian Muhammad Aming Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai adik Aming berusia lapan tahun disahkan oleh ibunya, Santi Sabri. Katanya, sebelum meninggal dunia anak mengadu tiba-tiba mengalami sesak nafas.

Foto: ERA

Menurut ibu, Aming sebelum ini berada dalam keadaan aktif dan sihat tanpa sebarang penyakit. Malah, arwah juga tidak dijangkiti Covid-19.

Tiada juga apa-apa, cuma dia makan mi segera saja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa saja, sebab anak saya tidak sakit.

Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat.

Kata ibu lagi, anak bongsunya itu sempat berpesan supaya menutup aurat dengan sempurna supaya bapa tidak menanggung dosa.

Saya tidak sangka anak saya pergi begitu saja, sebelum dia meninggal, saya dan suami ada di sisinya.

Dilaporkan arwah akan dikebumikan terus di tanah perkuburan Kampung Titingan sebaik selesai untuk pengurusan jenazah.

Al-fatihah dan salam takziah buat seluruh keluarga adik Aming.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version