Di TikTok, perkongsian Siti Rohayu bersama suami menarik perhatian seorang jururawat. Jururawat tersebut sebelum ini pernah menjaga Muhamad Ridhwan di Wad 2 Delima, Unit Rawatan Rapi Neuro Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Dia sendiri tidak menyangka Muhamad Ridhwan yang terlantar koma boleh sembuh sampai tahap itu.
Perkongsian itu sehingga ini meraih hampir 500,000 tontonan dan 900 komen daripada netizen. Rata-rata bersyukur melihat suaminya sihat seperti sediakala.
Netizen turut memuji kesetian Ayu menjaga suami dan anak-anak walaupun pernah berdepan fitnah besar sebelum ini. Meninjau ke Instagram, Ayu dan suaminya yang lebih mesra disapa Abi sering meluangkan masa bersama anak-anak.