Trending

“Perangai Kampung Tu Simpan Lah Sikit” – Siap Bawa Periuk Nasi, Netizen Kecam Tindakan Keluarga Berkelah Di Airport

Published on

Kebiasaannya kita akan memilih tempat seperti di tepi sungai dan tepi pantai untuk dijadikan sebagai tempat berkelah bersama keluarga tersayang.

BACA: (Video) Selamba Bawa Periuk Nasi ‘Berkelah’ Di KFC, Kongsi Makan Ramai-Ramai

Namun, berbeza pula dengan satu keluarga ini apabila mereka bertindak berkelah dan makan di atas lantai beramai-ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dapat dilihat sekumpulan keluarga itu dengan selambanya menjamu selera beramai-ramai sambil membentangkan tikar di ruangan menunggu lapangan terbang terbabit.

Netizen sembur tindakan keluarga tersebut

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan dan berasa malu dengan tindakan dan gaya pemikiran keluarga tersebut.

Apa komen korang tengok situasi ni?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Medi

Exit mobile version