Terbaru, satu sidang media khas oleh penyiasat antarabangsa akan diadakan bagi memberi maklumat baru mengenai kejadian itu.
Dalang sebenar
Menurut laporan Buletin TV3, penyiasat antarabangsa akan mengumumkan hasil siasatan terbaru mereka pada 8 Februari ini.
Hasil siasatan dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh pasukan itu akan membongkar mengenai dalang sebenar yang mengarahkan serangan terhadap kapal terbang MH17.
Sebelum ini, dua orang warga Rusia dan Ukraine telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana dituduh membunuh. Walau bagaimanapun, tertuduh didapati tidak bersalah kerana mereka hanya membawa peluru berpandu ke Ukraine dan dalang sebenar masih lagi tidak dapat dikenal pasti.