Trending

“Peningkatan Kes Tidak Jejas Rancangan PPN” – Muhyiddin Yaasin

Published on

Kes harian bagi wabak yang melanda merekodkan peningkatan sejak beberapa hari lepas dan ianya tidak memberi kesan kepada rancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Biar betul?

BACA : “Sempadan Negara Perlu Dibuka Selewatnya Januari Tahun Depan” – Muhyiddin Yaasin

Menurut laporan Sinar Harian, peningkatan yang berlaku itu hanya pada kes di kategori satu hingga tiga dan tidak melibatkan jumlah yang besar pada kategori empat dan lima (kritikal).

SOP harus dipatuhi

Walaupun begitu, rakyat Malaysia tetap perlu memathui prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelak berlaku lonjakan kes dan perkara ini dikatakan sendiri Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SOP yang ditetapkan masih wajar dikekalkan dan dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia.

Setakat ini, belum ada tanda kes meningkat ini beri kesan teruk kepada industri kerana semua sektor ekonomi sudah dibuka. Kita pun tidak lagi menyekat mana-mana pihak untuk keluar 24 jam.

Takkan nak tunggu bilangan kes harian naik mendadak dan kelonggaran yang diberi kerajaan disekat baru nak terhegeh-hegeh nak ikut SOP, tak guna dah! Jangan pentingkan diri kerana kita masih belum menang.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version