Tindakan sebuah restoran di Kepala Batas, Seberang Perai yang dikatakan menjual sepinggan hidangan kailan ikan masin dengan harga RM18 mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Rata-rata menganggap ianya terlalu mahal dan tidak munasabah. Tambahan pula, saiz hidangan terlalu kecil hanya untuk seorang makan.
Memberi respon kepada isu tular itu, KPDNHEP Pulau Pinang menerusi kenyataan Facebook berkata pegawai penguatkuasa telah ke lapangan untuk menyiasat berkenaan aduan yang diterima pada hari yang sama.
Satu (1) Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) bagi makanan kalian ikan masin berharga RM 18 telah diberikan kepada peniaga dan peniaga perlu memberi maklum balas dalam tempoh 2 hari bekerja.
Pihaknya bertindak di atas aduan pengguna berkaitan “Harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan”.
Peniaga diberi notis dan dikehendaki memberi makluman balas mengenai maklumat barangan bagi makanan kalian ikan masin berharga RM 18 dalam masa dua hari bekerja.