Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan ‘total lockdown’ ataupun tidak akan diumumkan pada pukul 9 malam ini adalah palsu.
Siapalah yang sebarkan berita palsu ni? Kah! Apapun, korang jangan membuat andaian semata. Tunggu dulu sehingga kerajaan umumkan sendiri apa-apa sekalipun.
Kalau sebelum ini, Malaysia telahpun melaksanakan PKP menyeluruh pada bulan Mac tahun lepas. Pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali.
Bukan tu je, premis perniagaan dan syarikat juga tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor-sektor yang tertentu.