Keterujaan seorang ibu mengandung buat acara ‘gender reveal’ di tempat awam mengundang padah apabila dia disuruh kutip sampah bertaburan. Iyalah, pandai buat pandailah tanggung kan?
Dalam rakaman video yang dikongsi, dapat dilihat wanita ini memecahkan sebiji belon berwarna hitam yang berisi kertas berwarna merah jambu menandakan dia akan menimang cahaya mata perempuan.
Wanita dari Indonesia ini berkata, dia konon-konon nak buat kejutan jantina anak tapi kena ‘sound’ pula oleh pengawal bertugas di tempat awam itu.
Jadi terpaksa lah dia kutip satu persatu kertas kecil bertaburan di atas rumput hijau itu. Aduhh!
Dalam hantaran lain, wanita ini berkata dah masuk waktu Maghrib pun dia masih tak selesai kutip sampah kecil tu.
Nak buat macam mana, dah memang ‘penyakit’ yang kita cari sendiri kan? Harap lepas ni bakal ibu buat acara ‘gender reveal’ ni dekat rumah je, senang nak sapu..