Di TikTok, seorang wanita berkongsi detik cemas memaparkan anak sulungnya tercampak adik ke lantai sehingga mendapat lebih 4 juta tontonan.
BACA: Jiran ‘Complaint’ Anak Bising, Keluarga Adam Autism Terpaksa Pindah Rumah
Berdasarkan rakaman yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) ruang tamu rumah, kelihatan si kakak menghampiri adik yang berada di dalam buaian bayi sebelum mengangkatnya dan tercampak ke lantai.
Ibu ayah yang terkejut terus melulu menyelamatkan adik. Hasil pemeriksaan di hospital, anak keduanya itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Dalam perkongsian itu, mereka sebagai ibu bapa mengakui silap meletakkan bayi Amina di situ. Mereka turut menjelaskan anak sulungnya, Amilia ada mild autism dan berkemungkinan itu adalah penyebab dia bertindak sebegitu.
Mereka mengakui kesilapan dan insiden ini memberi pengajaran buat mereka supaya berhati-hati dengan sebarang tindakan anak sulung yang mild autism.
Kredit: TikTok @amierabaharom
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.