Trending

Pengadil Kencing Atas Bola Sebelum Perlawanan Bermula Di Tengah Padang

Published on

Tak pernah terfikir perbuatan tak senonoh macam ni boleh berlaku dalam perlawan bola sepak yang ditayangkan secara langsung. Ini apabila seorang pengadil perlawanan kantoi kencing atas bola di tengah-tengah padang sebelum permainan bermula.

Kelakuan tidak senonoh pengadil itu berjaya dirakam kamera tetapi pengulas tak menyedari kelakuannya kerana sedang sibuk memperkenalkan pemain.

Pengadil yang dikenali sebagai Denis da Silva Ribeiro itu dilihat melonggarkan seluarnya dan sempat menoleh ke belakang sebelum kencing di atas bola dan beredar.

Kejadian ini berlaku di Stadium Elcyr Resende Saquarema Brazil dan mendapat kecaman hebat netizen di sana.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version